Wednesday, August 10, 2011

Roh di Bulan Puasa

Slamat pagi...harini masuk hari ke 10 kite menjalani ibadah puasa.. tadi cek2 facebook, tibe2 tertarik dgn satu note ni. berkenaan roh di bulan puasa..
Bile baca nota ni..hati jadi sayu dan sebak je.. rindu dan teringat pada arwah abah.. dari mggu lps asyik teringatkan die. bile teringat, mesti aku sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah..
Penah skali sblm tdo, aku belek gambar arwah dalam album smbl menangis..huhuhu...agak2 bulan ramadhan ni, roh arwah abah ade balik x tgk kitorang. erm..kalau bleh xmo raya, sbb takut nangis lagi teringatkan abah..
Semoga roh arwah abah tenang di sana..Al-Fatihah...
 
Ni ade skali nota yang aku pinjam n nak share kat sini..
 
by Fadzilah Hashim on Wednesday, August 3, 2011 at 11:04am
 
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Monday, August 1, 2011

i'm backkkkk...blog annivesary..almost 1 year. hehehe

salam satu malaysia.. hehehe.. lame da xupdate blog ni. hehe.. harini first day pose bagi tahun 2011. da nak masuk setahun blog ni da. macam2 bende jadi sepanjang saye x update blog ni. hehehe.. ade suka, duka.. erm.. saye akan update my blog n revise balik ape bende2 yang da jadi sepanjang blog ni tido.. hehehe.. tapi ade satu entry menarik saye nak share hari ni. hahaha.. bacala...ok. mentang2 lagi sebulan nak kawin..hahaha

Isteri Sentiasa Dara ! Wah .. Menarik petua nie !

Nampak lucah sikit entry nie. Tapi nie nak bagi tau k .. entry nie bukan pasal nak buat-buat lucah. Tapi petua yang saya baca kat blog someone ni memang menarik dan bagus untuk diikuti. Tak payah nak keluarkan duit banyak-banyak untuk treatment. Hanya jadikan petua nie sebagai amalan. Insya Allah boleh !

dara isteri
Hanya hiasan .. tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal :D

Ok .. petuanya begini..

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara...

Selepas Solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan Surah Al Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup dalam air dan minum. Niat di dalam hati untuk .. kecantikan dan kebahagiaan rumahtangga. Makna Ayat 35 - 38 Surah Al Waqiah
Ayat 35 - Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Ayat 36 - Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
Ayat 38 - (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Amalkan selalu untuk kebahagian rumah tangga !

Anastasyea : Si isteri sentiasa dara ! Wah .. mesti ramai si suami kat luar sana yang suka. Cakap je pasal dara. Senyum sampai ke telinga.


Sumber Rujukan: Isteri Sentiasa Dara ! Wah .. Menarik petua nie ! | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy
 
hahahaa...dupdapdupdap...now, i'm counting to be a wife. hahahaa...tggu saye update lagi berita2 mengenai persiapan majlis.. hehehe..ok. happy bloging to all...

Thursday, November 18, 2010

hepy besday dear..09 nov 2010

Hari ni baru ade mood nak mengupdate blog.. hehehe...actually besday my dear fiance dah lepas pun. 9 nov besday die. 2 mggu sebelum besday B puas fikir camne nak celebrate n hadiah pe nak bagi kat B ni. last2  order cupcake je...saje nak try order cupcake sbb asyik tgk cupcake yg cantik2 je dalam internet...hehehe...nak beli kek rase cam dah biase. so, xpe...order cupcake. and order pun dibuat pada kak rose dari RITZARI KITCHEN. sbb dekat je ngan umah..kat enstek. so, senang nak ambik..hehehe.. mula2 nak ambik tanpa ade B skali. tapi disbbkan masa yang suntuk, so, last2 xjadi surprise..terpaksa buka cite gak ngan die pasal cupcake.. hahahaha.... g ambik pun dengan die..hehehe

ni cupcake yang ditempah dari kak rose...cute n sedap..thanks kak rose..hehehehe






Hadiah???? erm...hahaha...hadiah xtau nak beli ape. so, beli jam tangan je. tapi beli yg sepasang sbb saya pun xde jam.. hahaha... walaupun xmahal mane, hopefully dihargai la. (xmahal tapi mahal gakla..hahaha..)

erk...bile tgk gmbr tangan tu saye perasan sumthing... erk...huwa...gemuknya tangan saya...kena diet ni...sob.sob..

so, xtau la B suke ke x. tapi dari reaksi die, die cam suke..walaupn terpaksa celebrate besday B awal dari tarikh sbnr..sory B sbb xde time besday B...jauh..hehehe...
SYG LOVE B...

semoga panjang umur, murah rezeki, dipanjangkan jodoh kita....Amin...

Sunday, October 31, 2010

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Notes ni aku ambik dari facebook.. aku teringin nak share note ni sbb ape yg tertulis dalam note ni menarik n buat aku berfikir, setiap org xsempurna, jadi terimala pasangan kite ape adenye dan sentiasa bersyukur dengan kebahagian yang kite ade hari ini.. B , syg syg sgt kat b..thanks sbb sentiasa ade untuk syg..
 
 
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~


puding buah-buahan


ni kali pertama aku buat puding buah-buahan.. ni sume sbb nak masuk dalam hantaran punye pasal la ni.. tapi aku betul-betul rasa bangga sbb aku dpt hasilkan puding ni dgn jayanye.. walaupun still macam xkemas lagi, xpe..bleh diperbaiki..hehehe...


letak cake roll  utk lapisan bawah


xkemas sangat permukaan die...alamklumla..first time..lps ni bleh improve.. ni dalam proses nak sejukkan. masuk dalam peti ais..thanks huda sbb tolong buat puding ni skali..hehehehe


sesi menghias setelah satu malam bekukan puding ni. credit to me utk hiasan buah ni.. hehehehe.. walaupun xla cantik, tapi bolehla kot. hahahaha


puding yang dah siap di wrap n di hias. credit to norleen n timmi n huda utk decoration bunga.. hehehehe

hehehe...time tu buat 2 mangkuk.satu mangkuk utk family, satu untuk hantaran. bile rase tu, erm...family kate not bad la. sedap gak. yeay..kite berjaya huda. hehehee...so, lps ni bleh buat lagi. hehehe... i like....
pada sape2 yang rase nak suh saye buatkan bgtu la. saye bleh tolong. hehehe...saye suke buat bende2 ni. k.
next time nak try buat bende lain plak.. yeay....